
Hyee Blogger :) Heyyyyy, mesti korang bosan kann bace post aku kali ni, coz tengok tittle dia punn nmpk sgt yang aku ni macam budak2 lagi kann? heeeeee, actually, aku bukan nak cerite pasal cerita CINDERELLA ni. Aku tahu yang korang punn da tahu cerite ni kann?? Aku cuma nak ceritekan sesuatu tentang DIRI AKU dan ianya ada kaitanya dengan TITTLE ni :D
Aku bukanlah senang dibuli seperti CINDERELLA yang sering dibuli oleh Adik2 tirinya. Aku ingin sekali mempunyai pari-pari seperti CINDERELLA yang selalu menemani dan membantunya, tapi aku sedar yang aku mempuyai ALLAH S.W.T yang selalu membantu aku menjalani semua dugaan dalam kehidupan kerana kuasa-NYA mengatasi semuanya. Aku bukanlah ingin mencari seorang PUTERA yang kaya dan kacak seperti CINDERELLA, aku hanya ingin mencari sebuah kebahagiaan dan cinta yang tulus dan ikhlas dari hati dan juga kiriman daripada Allah S.W.T. Aku bukanlah ingin tinggal di ISTANA seperti CINDERELLA, tetapi aku lebih rela tinggal di tempat yang sederhana asalkan aku berada bersama-sama orang2 yang aku cintai dan sayangi. KEKAYAAN dan KESENANGAN tidak menjaminkan KEBAHAGIAAN.
Aku hanya ingin jadi AKU, bukan berangan-angan ingin menjadi seperti CINDERELLA, kerana aku tahu itu tidak akan pernah mungkin terjadi. Tetapi aku sangat2 bahagia dengan apa yang Allah S.W.T anugerahkan.



No comments:
Post a Comment