
Assalamualaikum semua :) sihat? Alhamdulillah kalau sihat :D tak sihat? cepat pergi klinik, sekolah da nak start ni. hehe. Kay la, Tepat pukul 12.00 malam ni, bermulanya TAHUN BARU 2012♥. Yeah! suka tak? of coz ada yang suka dan tak suka. But apa2 punn, kita harus menghadapinya juga :D chill beb~ heeee.
Banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui sepanjang TAHUN 2011. Aku tahu korang punn kann? mesti rasa sedih coz harus mulakan tahun baru dan tinggalkan tahun lama. haha. Rileks beb :D Setiap saat yang indah pernah jadi dalam hidup kita tak akan pernah lenyap dalam hati kita kann? kita simpan semua kenangan yang pernah kita lalui dalam lubuk hati kita yang paling dalam dan terus maju. Jadikan setiap tahun yang akan datang itu sebagai tahun untuk kita berubah menjadi yang lebih baik ;) Insya-Allah.
Tahun ni juga, aku serta rakan2 sebaya dengan aku akan menghadapi peperiksaan yang penting iaitu PMR. WOW! *tak ada masa la kau nak main2 shikin. hehe. Btw, jangan disebabkan PMR, kita tak boleh happy2. Boleh tu memang boleh, just pada waktu yang sesuai la beb. Sempat ke? sempat punn time cuti. Mana taknya, mesti sibuk dengan sekolah la, homework la, kelas tambahan la kann? haha ^^
Aku hanya nak korang tahu yang aku akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan korang semua. Gud Luck :) All The Best :D Jangan tinggal solat dan sentiasa dekatkanlah diri dengan Allah agar Allah sentiasa berada di sisi disaat kita susah mahupun senang. Insya-Allah, Allah akan sentiasa membantu kita. Once again, HAPPY NEW YEAR GUYS :)



No comments:
Post a Comment