Sunday, November 6, 2011

Anugerah ♥


Hye Blogger, sihat semua? hope korang sihat2 je la kann. Amin :)
Okey, da bace TITTLE?? mesti pelik kann? ape yg Shikin ni nak cakap pasal ANUGERAH. Kay, biar aku bgtahu korang ya? yang tak nak tahu tu, tak ape, tak kisahnye punn, yang nak tahu tu, bace la kat bawah ni :D

Setiap hari apabila kite bangun, kite melihat MATAHARI yang memancar dengan indah. Sinaran matahari yang memancar menjadikan diri kite sentiasa CERIA dan BERSEMANGAT. Kite memuji-muji betapa AGUNGNYA ciptaan ALLAH S.W.T kurniakan kepada kite. Tetapi, bayangkan suatu hari, apabila kite bangun, kite dikejutkan dengan hujan yang mencurah-curah dan petir yang mendentum kuat. Hati kite mula rase PEDIH, SAKIT dan SEDIH. Tiada sinaran matahari yang menyinari hidup kite dengan KECERIAAN dan SEMANGAT malah ia menjadikan hidup kite SUSAH dan sentiasa berada dalam KEKUSUTAN. Kite mula marah dan menyalahi takdir. Namun, kite tidak tahu sesungguhnya Allah S.W.T mengurniakan kite PELANGI yang INDAH dan CANTIK ditambah lagi sinaran matahari yang kite tunggu selama ini.

Korang faham tak maksud aku? kay la kepada sesiapa yang faham tu, GOOD ^^ dan yang tak faham tu tak ape, aku bagitahu ya :) Don't Worry, Be Happy :D

Maksudnya : Disetiap apa yang kite lalui, meskipun, ia mendatang bermacam-macam masalah dan kesusahan yang membuatkan kite hilang semangat dan senyuman itu adalah petanda sesungguhnya Allah S.W.T ingin menguji kesabaran dan ketabahan sesorang tu, Allah tahu tahap kekuatan dan kesabaran kite dan Allah yakin yang kite mampu menjalaninya, Sesungguhnya, Allah tidak pernah memberi dugaan dan cubaan yang melebihi kemampuan dan kekuatan seseorang hamba ciptaan-NYA sendiri dan setiap apa yang diturunkan kepada kite ada hikmah yang indah disebaliknya. Allah sayang kepada orang yang SABAR

Aku tidak ingin menjadi Perempuan yang CENGENG, yang tahunya cuma menangis2 dan menangis.
Aku tidak ingin menjadi Perempuan yang LEMBIK, yang tahunya cuma dimanfaatkan oleh orang lain.
Aku tidak ingin menjadi Perempuan yang PENGECUT, yang tahunya cuma lari daripada masalah.
Yang aku inginkan hanya menjadi seorang Perempuan yang KUAT, TEGAR, TABAH dan BERANI, meskipun dalam lalui bermacam-macam dugaan yang besar kerana ALLAH S.W.T tidak pernah tidur dan sentiasa bersama aku :)♥




No comments:

Post a Comment