Monday, November 7, 2011

Apa Itu Sahabat? ♥


Apa itu SAHABAT? Maybe korang semua mempunyai pendapat masing-masing tentang seseorang yang bergelar SAHABAT :) Aku nak kongsikan apa pendapat aku tentang SAHABAT. Apa2 yang aku coretkan, itu datangnya dari hati aku yang ikhlas, bukan kerana paksaan atau meniru pendapat orang lain coz ini adalah hati aku, keikhlasan aku.

Sahabat? Sahabat itu adalah seseorang yang paling dekat dengan kite, selalu menemani dan berada di sisi ketika kite sedang berhadapan dengan ujian dan dugaan Allah S.W.T. Sahabat itu adalah ubat untuk SENYUMAN, KECERIAAN, KEBAHAGIAAN dan KESENANGAN kepada apa2 sahaja masalah, tidak kiralah masalah yang besar ataupun yang kecil kerana seseorang sahabat itu selalu menjadi TELINGA iaitu untuk mendengar segala luahan hati. Menjadi MULUT iaitu untuk menenagkan hati ketika dilanda sesuatu musibah Allah. Menjadi HATI iaitu jika sahabat itu sedih, maka hati kite juga turut sedih, jika sahabat itu gembira, maka hati kite juga turut bahagia. Sahabat itu juga adalah orang yang sangat memahami kite, orang yang sangat kite percayai, orang yang sangat kite sayangi dan orang yang kite tidak ingin hilang dari hidup kite. 

Tetapi ada juga Sahabat yang tidak memahami perasaan sahabatnya apabila sudah bertemu dengan sahabat yang baru tanpa dia sedar dia yelah menyakitkan hati sahabatnya yang selama ini hanya ingin melihat dia tersenyum kegembiraan bersama sahabat barunya meskipun bukan dengan dirinya. Dia lebih rela ikhlaskan sahabatnya untuk dekat dan rapat dengan orang lain, kerana baginya yang terpenting hanya senyuman kegembiraan sahabatnya. Meskipun hatinya sakit dan sedih kerana dilupakan begitu sahaja tetapi dia tetap gembira kerana melihat sahabat yang paling baik dan paling dia sayangi itu bahagia, selalu tertawa keriangan. Itu sudah cukup untuk mengubatkan semua kesedihan dan kepedihan yang dia lalui. Sampai saat ini, dia masih sayang akan sahabatnya meskipun sahabatnya sudah menyakitkan hatinya kerana sahabatnya itu adalah sahabat baiknya dan selamanya bersahabat.





No comments:

Post a Comment